Bibliografi merupakan senarai sumber-sumber yang dirujuk dalam menyediakan sesuatu tugasan. Ia perlu diletakkan selepas teks induk dan cara penulisannya perlukan konsisten dan mengikut standard berikut:
- Entri hendaklah disusun mengikut abjad nama pengarang dan tidak dinomborkan. sekiranya tanpa pengarang perlulah disusun mengikut entri judul.
- Pangkat atau gelaran bagi setiap pengarang perlu diletakkan selepas nama pengarang ataupun diabaikan.
- Entri juga perlulah disusun secara selang sebaris di antara item dan selang dua baris bagi entri yang seterusnya.
- Setiap entri bermula di tepi magrin kiri dengan baris kedua "dikedalamkan" (indent) lima jalur.
- Penulis dikehendaki menggunakan satu sistem sahaja secara berterusan dalam keseluruhan penulisannya.
untuk lebih lanjut sila layari laman: http://www.scribd.com/doc/2553788/Cara-penulisan-bibliografi