SALAM 1 MALAYSIA

"Salam buat pengunjung dan pengguna blog ini. Apa yang terkandung di dalam blog ini sekadar untuk kegunaan bersama dan berkongsi maklumat. Yang baik itu semuanya datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari didi saya sendiri. berilah komen dan pandangan untuk memperbaiki blog ini. Terima Kasih

Sunday, October 23, 2011

contoh pemarkahan kertas 1




PEMARKAHAN BAGI SOALAN STRUKTUR




PEMARKAHAN BAGI SOALAN ESEI

Thursday, October 20, 2011

Lukisan kertas 2


kertas 2:

Bagi kertas 2 iaitu lukisan, banyak benda atau elemen yang perlu diketahui oleh setiap calon bagi memastikan mereka mendapatkan markah tinggi (25%) dalam peperiksaan STPM sebenar. Antara benda yang perlu calon ketahui adalah berkaitan dengan kesan pencahayaan, pantulan cahaya dalam lukisan. semua ini dapat dilihat dalam gambar di sebelah. dengan adanya panduan teori berkaitan dengan lukisan di dalam gambar sebelah diharapkan bakal calon STPM memanfaatkan ilmu yang ada semasa menghasilkan kertas 2 nanti.. selamat berjaya.


Thursday, March 31, 2011

MARI BELAJAR MELUKIS (KERTAS 2)

Buat Latihan Berpanjangan


Latihan 2 (15/04/2011)


Latihan 1 :

Pilih antara 2 gambar di bawah. Gambar 1: Lengkapkan. Gambar 2: Tiru

( Objek yang dilukis hendaklah kukuh seperti objek sebenar)

Gambar 1 Gambar 2



Thursday, March 17, 2011

PENTINGNYA BIBLIOGRAFI DALAM KERTAS 3 (5M)

Bibliografi merupakan senarai sumber-sumber yang dirujuk dalam menyediakan sesuatu tugasan. Ia perlu diletakkan selepas teks induk dan cara penulisannya perlukan konsisten dan mengikut standard berikut:
  1. Entri hendaklah disusun mengikut abjad nama pengarang dan tidak dinomborkan. sekiranya tanpa pengarang perlulah disusun mengikut entri judul.
  2. Pangkat atau gelaran bagi setiap pengarang perlu diletakkan selepas nama pengarang ataupun diabaikan.
  3. Entri juga perlulah disusun secara selang sebaris di antara item dan selang dua baris bagi entri yang seterusnya.
  4. Setiap entri bermula di tepi magrin kiri dengan baris kedua "dikedalamkan" (indent) lima jalur.
  5. Penulis dikehendaki menggunakan satu sistem sahaja secara berterusan dalam keseluruhan penulisannya.

untuk lebih lanjut sila layari laman: http://www.scribd.com/doc/2553788/Cara-penulisan-bibliografi

Wednesday, March 16, 2011

BAHASA SENI VISUAL

Kepada pelajar sekalian.. apabila kita membicarakan tentang kritikan seni visual/ membicarakan tentang sesuatu karya kita tidak akan lari dari eleman-eleman yang tertera pada gambar di atas (unsur formal). Bentuk karya yang dipaparkan di atas adalah mengatakan tentang pemilihan karya sama ada pengkaryaan ataupun perekaan. kemudian diikuti pula dengan apakah peralatan-peralatan, media dan bahan yang kita gunakan semasa proses penghasilan. hasil karya yang hendak kita hasilkan pula hendaklah memiliki unsur-unsur seni seperti garisan, rupa, bentuk, jalinan dan warna. selain daripada itu juga, karya yang dihasilkan hendaklah memiliki beberapa elemen prinsip rekaan. kesemua ini sebenarnya menyelasaikan/ menyempurnakan permasalahan ruang dalam penghasilan karya seni visual.

Monday, March 14, 2011

SOALAN KERTAS 3

SOALAN 2 (Pengkaryaan)

Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan "Kasih Ibu". Hasil karya anda hendaklah menggunakan bahan yang sesuai dengan tema. persembahan karya hendaklah dalam bentuk relif atau tiga dimensi (3D).
Hasil karya relif hendaklah berukuran tidak melebihi 40cm x 60 cm. Hasil karya tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40cm tinggi, 25 cm panjang dan 25 cm lebar.
Portfolio karya seni hendaklah mengandungi:
1. Kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
2. lakaran perkembangan idea
3. lakaran akhir
4. kajian media dan teknik
5. pengolahan aspek2 komposisi dalam gubahan karya
6. rujukan dan sumber maklumat
Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek:
1. Ketepatan tema dan makna
2. Penerokaan media dan teknik
3. Pengolahan aspek komposisi
4. pertimbangan estetik
5. keaslian
6. kekemasan

SOALAN KERTAS 3

SOALAN 1 ( pengkaryaan)

Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan "keharmonian". hasil karya anda hendaklah menggunakan teknik hard edges dengan menggabungkan rupa huruf dan rupa geometri. persembahan karya hendaklah dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Bagi yang memilih bentuk tiga dimensi (3D), teknik luakan boleh digunakan.
Hasil karya dua dimensi (2D) hendaklah berukuran tidak melebihi 40cm x 60 cm. hasil karya tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40cm tinggi, 25 cm panjang dan 25 cm lebar.
portfolio karya hendaklah mengandungi
1. kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
2. lakaran perkembangan idea
3. lakaran akhir
4. kajian media dan teknik
5. pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
6. rujukan dan sumber maklumat
* semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan mengikut urutan.
hasil karya pula hendaklah diberi penekanan dari aspek:
1. ketepatan tema dan makna
2. penerokaan media dan teknik
3. pengolahan aspek komposisi
4. keaslian
5. kekemasan

SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

TEORI SENI VISUAL (40%)

1. APRESIASI SENI VISUAL

1.1 PENGENALAN SENI VISUAL
(a) PENGERTIAN SENI VISUAL
- Pengkaryaan
- Perekaan
(b) PERANAN SENI VISUAL
- Psikologi
- Sosiologi
(c) PENGALAMAN ESTETIK
- Pengalaman Langsung
- Pengalaman intelektual

1.2 BAHASA SENI VISUAL
(a) ASPEK FORMAL
- Unsur seni
- Prinsip Rekaan
- Media
- Teknik
(b) MAKNA/ FUNGSI/ KONTEKS
- Aliran
- Kebudayaan
- kepercayaan
- persekitaran
- Nilai utiliti dan hiasan

1.3 PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN SENI VISUAL
(a) KONSEP DAN KAEDAH SEJARAH SENI VISUAL
- Maksud sejarah seni visual
- Tujuan sejarah seni visual
- Kaedah sejarah seni visual
(b) KONSEP DAN KAEDAH KRITIKAN SENI VISUAL
- Pengertian kritikan seni visual
- Tujuan kritikan seni visual
- Kaedah kritikan seni visual

2. TEORI PENGHASILAN
2.1 PEMBENTUKAN IDEA
(a) PENGERTIAN IDEA
(b) SUMBER IDEA
- Media Massa
- Teknologi
- Persekitaran
- Peristiwa
- Pengalaman

2.2 PENDEKATAN PENJANAAN IDEA
(a) PENIRUAN
(b) PENORAKAAN
(c) TEMU BUAL
(d) PEMBACAAN
(e) PEMERHATIAN
(f) EKSPERIMENTASI

2.3 PENTERJEMAHAAN IDEA
(a) PEMASALAHAN VISUAL
(b) PENZAHIRAN IDEA
(c) PEMILIHAN BAHAN DAN TEKNIK
(d) PENGHASILAN KARYA SEBENAR
(e) KEKEMASAN
(f) PERSEMBAHAN DAN PENILAIAN

2.4 PENYEDIAAN PORTFOLIO DAN HASIL KARYA
(a) PENGKARYAAN
- Portfolio
- Hasil Karya
(b) PEREKAAN
- Portfolio
- Hasil Karya



LUKISAN (25%)

1. PENGENALAN LUKISAN
(a) APLIKASI UNSUR SENI DAN PRINSIP REKAAN
(b) PENGAMATAN TERHADAP
- Bentuk
- Kedudukan Objek
- Skala dan Kadar Banding
- Pencahayaan
- Struktur
(c) PENGGUNAAN BAHAN
- pensel
- Charcoal
- Oil Pastels
- Soft Pastels
- Pen teknikal
- Pensel warna
(d) PENGOLAHAN TEKNIK LUKISAN
- Lorekan
- Silang Pangkah (CROSS HATCHING)
- Titik
- Gosokan
- Garisan selari
- Garisan Kontur
- Garisan tak menentu

2. PENGGUBAHAN mewujudkan kesan
(a) RUANG
- Ruang Rata
- Ruang Cetek
- Ruang Dalam
(b) SUASANA
- Panas
- Sejuk
- Tenteram
- Riang
(c) CIRI-CIRI DALAM SIFAT OBJEK
- Keras
- Lembut
- Halus
- Licin
- Pejal
- Kasap
- Kasar
- Lutsinar

PROJEK PENGHASILAN KARYA (35%)
1. PENGKARYAAN
(a) SENI HALUS
- Lukisan
- Catan
- Seni Cetak
- Arca

2. PEREKAAN
(a) KOMUNIKASI VISUAL
- Grafik
- Multimedia
(b) REKA BENTUK TEKNOLOGI
(c) REKA BENTUK PERSEKITARAN

SEMINAR PENDIDIKAN SENI VISUAL STPM 2011






12 Mac 2011 (Sabtu) - Antara pelajar PRA U yang menghadiri seminar pendidikan seni visual STPM 2011. seminar ini berlangsung seawal jam 8 pagi hinggalah jam 5 petang. seminar ini dianjurkan oleh SMK Majakir Papar bersama Pejabat Pelajaran Daerah Papar. Seminar ini membicarakan tentang kertas 1, 2 dan 3. penceramah bagi semua sesi dikendalikan oleh Dr. Hassan Ghazali Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau merupakan ketua pemeriksa bagi kertas 3 seni visual STPM. semoga dengan kehadiran pelajar PRA U di seminar ini ini akan menambahkan lagi kefahaman mereka terhadap pendidikan seni visual.


Antara contoh lukisan yang dianggap boleh memperoleh A dalam peperiksaan