Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan "keharmonian". hasil karya anda hendaklah menggunakan teknik hard edges dengan menggabungkan rupa huruf dan rupa geometri. persembahan karya hendaklah dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Bagi yang memilih bentuk tiga dimensi (3D), teknik luakan boleh digunakan.
Hasil karya dua dimensi (2D) hendaklah berukuran tidak melebihi 40cm x 60 cm. hasil karya tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40cm tinggi, 25 cm panjang dan 25 cm lebar.
portfolio karya hendaklah mengandungi
1. kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
2. lakaran perkembangan idea
3. lakaran akhir
4. kajian media dan teknik
5. pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
6. rujukan dan sumber maklumat
* semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan mengikut urutan.
hasil karya pula hendaklah diberi penekanan dari aspek:
1. ketepatan tema dan makna
2. penerokaan media dan teknik
3. pengolahan aspek komposisi
4. keaslian
5. kekemasan