Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan "Kasih Ibu". Hasil karya anda hendaklah menggunakan bahan yang sesuai dengan tema. persembahan karya hendaklah dalam bentuk relif atau tiga dimensi (3D).
Hasil karya relif hendaklah berukuran tidak melebihi 40cm x 60 cm. Hasil karya tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40cm tinggi, 25 cm panjang dan 25 cm lebar.
Portfolio karya seni hendaklah mengandungi:
1. Kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
2. lakaran perkembangan idea
3. lakaran akhir
4. kajian media dan teknik
5. pengolahan aspek2 komposisi dalam gubahan karya
6. rujukan dan sumber maklumat
Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek:
1. Ketepatan tema dan makna
2. Penerokaan media dan teknik
3. Pengolahan aspek komposisi
4. pertimbangan estetik
5. keaslian
6. kekemasan